Pemilik kafe menang RM150,000
KUALA LUMPUR: Pemilik kafe dari Slim River, Perak, Habibah Sahri, 58 terkejut apabila diumumkan pemenang hadiah utama Kempen Promosi Ke-9 Best Products, Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) yang membawa pulang wang tunai, RM150,000.Selain Habibah, Mohd Zaki Wan Chik, 51 dari Sungai Petani, Kedah turut diumumkan sebagai pemenang hadiah tambahan pertama dan menerima wang tunai RM30,000. Sementara itu, pemenang hadiah tambahan kedua ialah Yahya Manat, 77 dari Seremban, Negeri Sembilan yang membawa pulang wang tunai bernilai RM3,999.Hadiah disampaikan Pengarah HDS, Datuk Shaharudin Ariffin dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Penghargaan Pelanggan ‘BestProducts’, Ahmad Md Isa di Hotel Pullman, di sini.Yang turut hadir, duta Best Products iaitu, Datuk Nassier Wahab, Datuk Jalaludin Hassan, Ramlah Ram dan Ras Adiba Radzi.Kempen itu dianjurkan syarikat penyedia perkhidmatan pesanan mel eksklusif yang menawarkan pelbagai produk runcit di bawah jenama Best Products bermula Mei hingga Julai lalu.Terharu memenangi wang tunai itu, Habibah menyifatkan kemenangan itu berkat doa dan usaha tanpa jemu menyertai kempen berkenaan.”Saya percaya, suatu hari saya boleh menjadi seorang pemenang kempen. Pokok pangkalnya, jangan mudah putus asa dan terus berusaha,” katanya di sini, hari ini.Sementara itu, Ahmad berkata proses pemilihan pemenang dilakukan dengan teliti oleh ahli jawatankuasa pemilihan selain, diaudit juruaudit bertauliah.”Semua pemenang ini, testimoni yang boleh kami banggakan. Kejayaan ini tidak mampu diperoleh sekiranya tiada sokongan daripada pelanggan dan kakitangan kami.”Hampir RM1.6 juta diperuntukkan dalam sembilan kempen promosi, yang dianjurkan bermula 2015,” katanya.