HDS rai pemenang terima wang tunai lebih RM200,000
KUALA LUMPUR: Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) mengumumkan tiga pemenang bertuah Kempen Promosi Ke-11 Best Products dan seorang pemenang utama Kempen Percutian 2017.Tiga pemenang bertuah itu adalah Hanida Ahmad, 46, dari Setiawan, Perak yang diangkat pemenang hadiah utama menerima wang tunai RM160,000. Makinudin Khairi, 50, dan Sabah Kosnan, 66, pula masing-masing diumumkan sebagai pemenang hadiah tambahan pertama dan kedua dan memenangi wang tunai RM30,000 serta RM3,999.Kempen Percutian 2017 yang menawarkan pakej percutian ke Dubai untuk dua orang atau wang tunai berjumlah RM17,000 yang dianjurkan HDS pada penghujung tahun lalu pula dimenangi Zaleha Ahyar, 55, namun dia memilih menerima wang tunai ditawarkan.Mereka diraikan dalam majlis penyampaian hadiah diadakan di Royale Chulan The Curve, di sini.Yang turut hadir, Pengarah HDS, Datuk Shaharudin Ariffin; Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Penghargaan Pelanggan ‘Best Products’, Ahmad Md Isa serta Ketua Pegawai Eksekutif HDS, Chew Mei Ling, selain duta Best Products iaitu Datuk Nassier Wahab, Ramlah Ram, Ras Adiba Radzi, Raja Ema dan Datuk Jalaludin Hassan.Sementara itu, Mei Ling, berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk menambah baik kempen promosi yang dianjurkan dan berharap lebih ramai rakyat Malaysia menyertai kempen dijalankan HDS.”Tempoh kempen yang asalnya dua bulan akan dipendekkan kepada satu bulan. Ini bagi meningkatkan peluang pelanggan memperoleh kemenangan.”Kempen satu bulan ini akan dianjurkan selama enam bulan saja bermula Mac dan berakhir Ogos nanti,” katanya.