BERIKUTAN isu-isu penipuan wang seperti skim cepat kaya, gores dan menang yang sedang hangat diperkatakan, Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS), sebuah syarikat pesanan pos yang membawa jenama Best Products terpanggil untuk memberi pencerahan. Dalam satu kenyataan, pihaknya ingin memberi penerangan lanjut mengenai Kempen Promosi Best Products bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan keraguan serta tidak mahu terpalit dengan sebarang laporan seumpama itu.“HDS yang ditubuhkan pada September 2014 dan mula beroperasi pada April 2015 ini memasarkan pelbagai produk harian melalui katalog. Antara barangan yang dipasarkan termasuk barangan dapur, perkakas rumah, barangan penjagaan kulit, tekstil, aksesori wanita, suplemen pemakanan dan kesihatan serta lain-lain. “Selain itu, HDS turut menganjurkan kempen promosi yang menawarkan tiga hadiah lumayan berbentuk wang tunai bagi menghargai para pelanggan kami. Jumlah hadiah yang ditawarkan adalah hadiah utama wang tunai berjumlah RM150,000, hadiah kedua wang tunai berjumlah RM30,000.00 dan hadiah ketiga wang tunai berjumlah RM3,999,” katanya. Katanya, disebabkan  jumlah wang yang besar ditawarkan oleh Syarikat HDS, ramai beranggapan kempen promosi ini tidak benar. “Tanggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana Syarikat HDS menganjurkan Kempen Promosi Best Products yang sah dari segi undang-undang Malaysia. “HDS mempunyai lesen jualan langsung (No. Lesen: AJL 932090) yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),” katanya. Jelasnya,  kesemua kempen promosi yang dianjurkan dan produk yang dipasarkan oleh HDS turut mendapat kelulusan daripada KPDNKK. “Setakat ini, HDS telah menganjurkan lebih 12 kempen promosi dengan lebih 36 orang pemenang keseluruhan yang mana lebih RM2.2 juta wang tunai telah diagihkan kepada para pemenang kempen promosi dari seluruh Malaysia. “Setiap proses pemilihan pemenang pula dilakukan dengan teliti oleh ahli jawatankuasa pemilihan serta diaudit oleh juru audit bebas yang bertauliah. Pemilihan pemenang juga adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam terma & syarat yang terkandung di dalam setiap emel yang dihantar kepada para pelanggan,” katanya. Tambahnya lagi, terma dan syarat boleh dirujuk di laman sesawang syarikat iaitu www.bestproducts.my. “Laporan pemenang turut dihantar kepada KPDNKK bagi tujuan pemberitahuan dan sebagai rekod pihak kementerian itu. Majlis Penyampaian Hadiah turut diadakan bagi meraikan para pemenang tersebut. Katanya lagi, HDS turut mempunyai lima orang selebriti dan duta di bawah naungan mereka bagi tujuan mempromosi jenama Best Products. Selebriti-selebriti tersebut adalah Datuk Jalaludin Hassan, Raja Ema, Ramlah Ram, Datuk Nassier Wahab dan Ras Adiba Radzi,” katanya.